Pendahuluan


DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH (DPBS) ditubuhkan pada Januari 1972 dibawah Akta Pendaftar Pertubuhan tahun 1966.  DPBS ditubuhkan atas kesedaran, keperluan dan wadah untuk bersatu dibawah satu badan yang dapat membantu dan  mempromosi kejayaan, penglibatan kaum Bumiputera tempatan dalam perniagaan.  Selama ini, DPBS telah berjaya menempuh segala dugaan dan halangan dengan komitmen ahli-ahlinya yang tinggi dan sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat dan Negeri.  Kegiataan DPBS berbagai; ia menjadi Urusetia kepada ahli-ahlinya dan mengurus Pejabat-pejabat Perhubungannya diseluruh Sabah. Ia juga mengalakkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan melalui latihan dan usahasama, perdagangan dan pelaburan.

Matlamat DPBS termaktub dalam Section 5 Perlembagaannya seperti berikut; 
  • Membangun dan memperkembangkan perniagaan usahawan dan peniaga Bumiputera untuk lebih berjaya dalam perdagangan, perniagaan dan perkilangan;
  • Membuat pelabuaran dalam perniagaan yang menguntungkan, dalam perdagangan, perkhidmatan dan perkilangan bagi menampung aktiviti-aktivitinya;
  • Membantu ahli menyelesaikan masalah perdagangan yang rumit yang mungkin timbul;
  • Memperjuangkan keistimewaan dan kepentingan Bumiputera mengikut undang-undang negara.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes